Blogger Widgets

Tuesday 7 August 2012

Ramadhan di Yahoo! Malaysia




Laman Ramadan Mubarak http://my.news.yahoo.com/ramadan_mubarak/ ini akan menawarkan kandungan agama dan gaya hidup istimewa, termasuk himpunan Hadith, waktu berbuka puasa dan imsak, rencana oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin – bekas mufti Perlis dan salah seorang cendekiawan Islam terulung di Malaysia, resipi daripada Duta Makanan Malaysia, Chef Wan, ucapan Raya selebriti, rebiu bazar dan galeri imej bertemakan Islam dan Ramadan. 

Yahoo! laman Flickrhttp://www.flickr.com/groups/ramadan_yahoo/ yang membolehkan pengguna berkongsi pengalaman menyambut bulan Ramadan dengan mengemukakan gambar dan menyertai komuniti dalam talian sepanjang bulan yang mulia ini.
Menyedari betapa pentingnya ibadah suci umat Islam semasa bulan mulia ini, Marc Lourdes, Editor Negara Yahoo! Malaysia berkata, “Kandungan bagi laman Ramadan ini dibangunkan dengan cara yang menyeluruh, mengimbangi kehendak masyarakat Islam untuk berpegang kepada nilai-nilai Islam sambil menepati keinginan pengguna untuk kandungan gaya hidup. Ramadan Mubarakmembawakan kandungan pelbagai yang merangkumi aspek kerohanian, makanan, gaya hidup, hiburan, nostalgia Ramadan dan Hari Raya dan juga menggalakkan penggunaan jalan raya yang selamat dalam kesibukan orang ramai balik kampung.” 

Yahoo! telah berganding bahu dengan beberapa jenama pengguna di Malaysia dan di seluruh Asia Tenggara untuk merangka penyelesaian jenama khusus bagi syarikat pemasaran termasuk Vaseline, Danone Dumex, Unilever dan Tourism Malaysia. Laman khusus ini akan menjadi sebahagian daripada pengalaman Yahoo! News dan boleh didapati sepanjang bulan oleh sesiapa yang mahukan kandungan premium untuk menjadikan Ramadan ini sebuah pengalaman kerohanian digital.



No comments:

Post a Comment